Skip to main content

Dunia

Parlimen Indonesia lengahkan daripada luluskan pindaan undang-undang pilihan raya; cetuskan tunjuk perasaan

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Indonesia lengahkan daripada luluskan pindaan undang-undang pilihan raya; cetuskan tunjuk perasaan

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan parlimen di Jakarta pada Khamis (22 Ogos). (Gambar: Bay ISMOYO / AFP)

Diterbitkan : 22 Aug 2024 02:51PM Dikemas Kini : 22 Aug 2024 03:03PM
JAKARTA: Parlimen Indonesia melengahkan daripada meluluskan pindaan kepada undang-undang pilihan raya yang boleh mencetuskan tunjuk perasaan pada Khamis (22 Ogos).

Ini menyusuli kemarahan orang ramai terhadap perundangan yang dilihat sebagai usaha memperkukuhkan pengaruh politik Presiden Joko Widodo yang bakal melepaskan jawatannya, Oktober depan.

Parlimen Indonesia telah merancang untuk meratifikasi undang-undang tersebut pagi tadi, yang akan memutarbalikkan perundangan oleh mahkamah perlembagaan awal minggu ini.

Undang-undang itu sepatutnya menyekat seorang pengkritik pemerintah daripada bertanding bagi jawatan gabenor Jakarta, dan juga membuka jalan bagi anak bongsu Presiden Jokowi untuk bertanding dalam pilihan raya di Jawa pada November.

Timbalan Speaker Dewan Sufmi Dasco Ahmad berkata sesi pleno itu telah dilengahkan disebabkan kekurangan pegawai pentadbiran yang hadir.

Belum jelas setakat ini berapa lamakah sesi pleno itu akan dilengahkan atau sama ada ia akan diteruskan hari ini.

Pergelutan kuasa antara Parlimen dengan badan kehakiman Indonesia timbul di tengah-tengah berlangsungnya perkembangan politik dramatik di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu sejak awal minggu ini, dan pada tempoh terakhir penggal kedua presiden.
Presiden Jokowi dilaporkan tidak memandang serius kebimbangan itu, sambil mengatakan pada Rabu bahawa keputusan mahkamah dan perbincangan parlimen adalah sebahagian daripada "semak dan imbang" standard pemerintah.

Namun, para pakar undang-undang dan penganalisis politik telah menyifatkan peristiwa itu sebagai hampir disamakan dengan krisis perlembagaan.

Penganalisis pilihan raya Titi Anggraini menyifatkan gerakan itu sebagai "pembangkangan perlembagaan" yang berpotensi mencetuskan rusuhan.

Gerakan politik telah mencetuskan kritikan hebat di platform online, dengan poster biru yang memaparkan perkataan "Amaran Kecemasan" di atas helang nasional simbol Indonesia dikongsi secara meluas di media sosial.

Ratusan penunjuk perasaan berpakaian hitam telahpun berhimpun di luar bangunan parlimen di Jakarta pada Khamis (22 Ogos), dengan adanya juga bantahan kecil di luar mahkamah, dan juga di bandar-bandar Surabaya dan Yogyakarta.

Menurut pihak berkuasa, seramai 3,000 polis telahpun dikerahkan di ibu kota Jakarta.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita