Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Finland, Sweden bincang permohonan jadi anggota NATO

Parlimen Finland dan Sweden akan membincangkan laporan pemerintah berkaitan proses permohonan negara itu untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin (16 Mei), lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Finland, Sweden bincang permohonan jadi anggota NATO

Ibu pejabat NATO di Brussels. (Gambar fail: ludovic MARIN/POOL)

MOSCOW: Parlimen Finland dan Sweden akan membincangkan laporan pemerintah berkaitan proses permohonan negara itu untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Isnin (16 Mei), lapor Sputnik.

Di Finland, Perdana Menteri Sanne Marin akan membentangkan laporan Penyertaan Finland ke NATO, diikuti dengan perbahasan di parlimen.

“Sekiranya terdapat cadangan yang berbeza ketika perbahasan dan disokong, ia akan dikemukakan ketika sesi undian pada akhir sesi,” menurut kenyataan Parlimen Finland. 

Sementara itu, Parlimen Sweden akan mengadakan perbincangan khas Laporan Dasar Keselamatan yang akan dibentangkan Perdana Menterinya, Magdalena Andersson.

"Seorang wakil daripada setiap parti boleh mengambil bahagian dalam perbahasan. Ucapan tidak lebih 10 minit," menurut Parlimen Sweden.

Finland menjangkakan perbahasan akan berlanjutan sehingga Selasa, manakala akhbar Sweden Expressen pada Jumaat melaporkan ketua Kabinet Sweden bakal mengadakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan tentang keahlian NATO pada Isnin. 

Finland dan Sweden mempertimbangkan rancangan menyertai NATO sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari. 

Pada Mac, Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata pakatan itu akan mempercepatkan permohonan keahlian Finland dan Sweden jika kedua-dua negara tersebut memutuskan untuk menyertai NATO.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan