Skip to main content

Dunia

Parlimen EU perluas kuasa gantung perjalanan bebas visa

Parlimen Eropah pada Selasa (7 Okt) meluluskan pembaharuan yang memudahkan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan semula keperluan visa terhadap warga negara bukan EU yang kini menikmati pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek, lapor agensi berita Jerman dpa.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen EU perluas kuasa gantung perjalanan bebas visa

Bendera-bendera Kesatuan Eropah (EU) berkibar-kibar di luar ibu pejabat Suruhanjaya EU di Brussels, Belgium. (Gambar: REUTERS/Francois Lenoir)

Diterbitkan : 08 Oct 2025 10:18AM
  • Parlimen Eropah pada Selasa (7 Okt) meluluskan pembaharuan yang memudahkan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan semula keperluan visa terhadap warga negara bukan EU yang kini menikmati pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek, lapor agensi berita Jerman dpa.
  • Perubahan itu memperluas senarai sebab bagi menggantung perjalanan bebas visa, termasuk pelanggaran Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keengganan mematuhi keputusan mahkamah antarabangsa, kegagalan menyelaraskan dasar visa dengan EU atau pengenalan skim kerakyatan berasaskan pelaburan.
  • Mekanisme asas untuk mengenakan semula visa sudah pun wujud, yang sebelum ini dicetuskan, contohnya, oleh peningkatan mendadak permohonan suaka dari negara tertentu.
  • Pembaharuan itu melibatkan 61 negara, termasuk Israel, Georgia, Venezuela, Ukraine dan Serbia, yang rakyatnya kini dibenarkan memasuki kawasan Schengen Eropah tanpa visa bagi tempoh sehingga 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.
Dijana oleh AI
STRASBOURG: Parlimen Eropah pada Selasa (7 Okt) meluluskan pembaharuan yang memudahkan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan semula keperluan visa terhadap warga negara bukan EU yang kini menikmati pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek, lapor agensi berita Jerman dpa.

Perubahan itu memperluas senarai sebab bagi menggantung perjalanan bebas visa, termasuk pelanggaran Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keengganan mematuhi keputusan mahkamah antarabangsa, kegagalan menyelaraskan dasar visa dengan EU atau pengenalan skim kerakyatan berasaskan pelaburan, kadangkala digelar “pasport emas”, yang menawarkan kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada bayaran dan membolehkan perjalanan lebih bebas di Eropah.

Perjalanan tanpa visa bagi pegawai pemerintah juga boleh digantung sekiranya mereka didapati terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia atau kesalahan lain.

Mekanisme asas untuk mengenakan semula visa sudah pun wujud, yang sebelum ini dicetuskan, contohnya, oleh peningkatan mendadak permohonan suaka dari negara tertentu. Peraturan baharu itu memberi EU lebih fleksibiliti untuk mengaktifkan “brek kecemasan” itu dan boleh digunakan sebagai tekanan sekiranya sesebuah negara gagal bekerjasama dalam isu hijrahan atau hal lain.

Pembaharuan itu melibatkan 61 negara, termasuk Israel, Georgia, Venezuela, Ukraine dan Serbia, yang rakyatnya kini dibenarkan memasuki kawasan Schengen Eropah tanpa visa bagi tempoh sehingga 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.

Perundangan itu masih perlu diluluskan secara rasmi oleh Majlis EU dan akan berkuat kuasa 20 hari selepas diterbitkan dalam Jurnal Rasmi Kesatuan Eropah.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita