Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Eropah luluskan usulan padam kandungan pengganasan online dalam tempoh sejam

Syarikat Internet harus membuang kandungan pengganas dalam tempoh sejam selepas ia menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa, bagi memerangi radikalisasi dan menyumbang kepada keselamatan awam, menurut satu usulan yang diluluskan di Parlimen Eropah pada Rabu (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Eropah luluskan usulan padam kandungan pengganasan online dalam tempoh sejam
Diterbitkan : 18 Apr 2019 02:48PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 02:50PM

BRUSSELS: Syarikat Internet harus membuang kandungan pengganas dalam tempoh sejam selepas ia menerima arahan untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa, bagi memerangi radikalisasi dan menyumbang kepada keselamatan awam, lapor agensi berita China Xinhua memetik cadangan yang diluluskan Parlimen Eropah pada Rabu (18 Apr).

Sebaik sahaja sebuah syarikat Internet yang menjadi hos kepada kandungan yang dimuat naik pengguna (seperti Facebook atau YouTube) yang menawarkan perkhidmatan mereka di Kesatuan Eropah (EU) menerima perintah untuk memadamnya daripada pihak berkuasa sebuah negara, mereka mempunyai tempoh sejam untuk berbuat demikian atau melumpuhkan akses kepadanya di semua negara anggota, menurut cadangan itu.

Bagaimanapun wadah Internet secara amnya tidak diwajibkan memantau maklumat yang mereka hantar atau simpan, serta tidak perlu secara aktif mencari fakta bagi menunjukkan kewujudan aktiviti haram, menurut cadangan itu.

Cadangan itu telah diluluskan dengan 308 undi menyokong berbanding 204 undi menentang manakala 70 lagi berkecuali.

Bagaimanapun undian pada Rabu tidak bermakna ia kini menjadi undang-undang EU. Parlimen Eropah yang baharu, selepas pilihan raya dalam bulan Mei, akan berunding dengan Majlis Kesatuan Eropah berkaitan bentuk akhir teks undang-undang itu. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan