Parlimen Bangladesh dibubar selepas PM Sheikh Hasina larikan diri
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
DHAKA: Parlimen Bangladesh dibubarkan pada Selasa (6 Ogos).
Demikian menurut pejabat presiden negara itu dalam satu kenyataan.
Ini selang sehari selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri dari negara itu berikutan bantahan ganas yang tercetus untuk menuntut agar beliau diusir.
Langkah itu memenuhi salah satu tuntutan utama para pemimpin pelajar yang menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran hingga menggulingkan pemerintah Perdana Menteri Sheikh Hasina.
Satu lagi tuntutan utama para pemimpin tunjuk perasaan itu adalah penyertaan pemenang Hadiah Nobel Perdamaian, Muhammad Yunus dalam pemerintah sementara yang akan dibentuk oleh Ketua Tentera, Jeneral Waker Uz-Zaman.
Mereka mahu Encik Yunus dilantik sebagai Ketua Penasihat pemerintah.
Berusia 84 tahun, Encik Yunus dan Bank Grameen beliau menang Hadiah Nobel Perdamaian pada tahun 2006 kerana berjaya membawa keluar jutaan penduduk Bangladesh daripada kemiskinan.
Ia dilakukan dengan memberi pinjaman kecil kepada para penduduk kampung untuk mereka memulakan perniagaan.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.