Parlimen baharu Thailand bakal bersidang pada 14 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Parlimen baharu Thailand akan mengadakan majlis pembukaannya pada Sabtu (14 Mac) susulan pilihan raya umum bulan lepas, menurut pengumuman dalam Warta Diraja pada Rabu (11 Mac).
Warta Diraja menerbitkan perintah diraja yang dikeluarkan oleh Raja Maha Vajiralongkorn yang mengarahkan parlimen bersidang bermula tarikh tersebut dan seterusnya.
"Hari ini (14 Mac) dianggap sebagai permulaan sidang parlimen tahunan biasa yang pertama. Di bawah kuasa Seksyen 121, 122, dan 175 Perlembagaan Kerajaan Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dengan titah perkenan mengeluarkan Dekri Diraja menyeru parlimen bersidang mulai 14 Mac 2026," katanya.
Pada Rabu (4 Mac), Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) secara rasmi mengesahkan 499 daripada 500 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum Februari, sekali gus membuka jalan kepada Dewan Perwakilan yang baharu untuk bersidang.
Media tempatan Thailand melaporkan bahawa EC masih belum mengesahkan kerusi Suphan Buri 2 berikutan dakwaan ketidakaturan.
Keputusan yang disahkan menunjukkan bahawa Parti Bhumjaithai memperoleh 192 kerusi, diikuti oleh Parti Rakyat dengan 120 kerusi, Pheu Thai dengan 74 kerusi, dan Kla Tham dengan 58 kerusi.
Di bawah undang-undang Thailand, parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari selepas pengesahan sekurang-kurangnya 475 kerusi, bersamaan dengan 95 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Dewan terlebih dahulu akan memilih Speaker dan Timbalan Speaker. Selepas itu ahli-ahli akan mengundi untuk memilih Perdana Menteri, yang kemudian akan meneruskan proses pembentukan kerajaan baharu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.