Skip to main content

Dunia

Parlimen Australia kecam Senator Anning atas komen serangan Christchurch yang 'memalukan'

Dewan Senat Australia secara rasmi mengecam Senator Fraser Anning, kerana tindakannya menyalahkan serangan ke atas dua buah masjid di New Zealand, bulan lalu, terhadap penghijrahan orang-orang Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Australia kecam Senator Anning atas komen serangan Christchurch yang 'memalukan'

Gambar fail Senator Fraser Anning. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 06:25PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 06:28PM

SYDNEY: Dewan Senat Australia secara rasmi mengecam Senator Fraser Anning, kerana tindakannya menyalahkan serangan ke atas dua buah masjid di New Zealand, bulan lalu, terhadap penghijrahan orang-orang Islam. Seramai 50 orang terkorban dalam serangan itu.

Kecaman tersebut dilihat sebagai satu kutukan rasmi Dewan Senat Australia terhadap pendapat peribadi Encik Anning itu.

Beliau terus dikritik orang ramai sejak hari kejadian itu.

Bagaimanapun, Encik Anning berkeras enggan memohon maaf atas pendapatnya.

Lebih 1.4 juta orang sudah menandatangani petisyen supaya senator Australia itu meletak jawatan.

Encik Anning juga dikecam kerana memukul seorang remaja yang melempar telur di kepalanya kerana kenyataan yang sama.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita