Skip to main content

Dunia

Paris tarik balik gelaran kehormat Aung San Suu Kyi

Bandar Paris akan menarik balik gelaran kehormat berkaitan kebebasan yang diterima oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ekoran kegagalannya menangani isu pelarian etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:
Paris tarik balik gelaran kehormat Aung San Suu Kyi

Aung San Suu Kyi. (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 09:17AM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 09:21AM

PARIS: Bandar Paris akan menarik balik gelaran kehormat berkaitan kebebasan yang diterima oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ekoran kegagalannya menangani isu pelarian etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Demikian menurut seorang jurucakap datuk bandar Paris pada Jumaat (30 Nov).

Datuk Bandar Anne Hidalgo berkata keputusan itu diambil berikutan "beberapa pelanggaran hak asasi manusia yang dilaporkan terus berlaku di Myanmar selain tindakan kekerasan dan penganiayaan dilaksanakan oleh pasukan tentera negara itu terhadap penduduk Rohingnya," menurut jurucakap itu kepada AFP.

Sebelum ini, tindakan menarik balik anugerah penghormatan seumpamanya telah dilakukan oleh Glasgow, Edinburgh, dan juga Oxford.

Langkah tersebut kini menunggu keputusan dari Majlis Bandar Raya Paris yang akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan hal itu pada pertengahan Disember.

Jika ia terjadi, Suu Kyi bakal menjadi orang pertama yang ditarik gelaran berkenaan daripada Paris.

Beliau juga telah kehilangan status warga negara kehormatan dari Kanada, dan penghargaan Duta Hati Nurani dari Amnesty International.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita