Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paras air Sungai Melaka meningkat, operasi Melaka River Cruise dihentikan

Anggaran Waktu Membaca:

MELAKA: Operasi Melaka River Cruise (MRC) terpaksa dihentikan sementara hari ini berikutan paras air Sungai Melaka terlalu tinggi akibat hujan lebat sejak pagi tadi (6 Mei). 

Pengurusan MRC menyatakan pengoperasian semula perkhidmatan itu akan dimaklumkan selepas keadaan kembali pulih.

“Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu. Berikutan itu, operasi bot di Melaka River Cruise terpaksa dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah turut dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan sejak pukul 7.00 pagi ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah dalam kenyataanya pagi ini memaklumkan hujan lebat selama hampir empat jam itu menyebabkan tujuh kawasan terjejas di daerah tersebut. 

“Laluan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan selain jalan utama di Ayer Keroh juga terjejas dengan bencana banjir kilat ini.

“Kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Telok, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Peringgit Ria dan Bukit Cina,” katanya.

Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sehingga 10.00 pagi ini selain paras air di kebanyakan kawasan juga semakin pulih.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan