Para penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Baltimore, Amerika Syarikat
Para penunjuk perasaan di Amerika Syarikat membanjiri jalan-jalan raya Baltimore bagi menuntut keadilan selepas seorang lelaki kulit hitam mati ketika ditahan polis.
AMERIKA SYARIKAT: Para penunjuk perasaan di Amerika Syarikat membanjiri jalan-jalan raya Baltimore bagi menuntut keadilan selepas seorang lelaki kulit hitam mati ketika ditahan polis.
Para penunjuk perasaan mendesak pihak polis agar memberikan penjelasan serta mengaku bertanggungjawab atas kematian Freddie Gray.
Gray, 25 tahun, meninggal dunia di hospital Ahad lalu akibat kecederaan tulang belakang yang teruk.
Dia dikatakan mengalami kecederaan itu selepas ditangkap dan diletakkan di belakang van polis.
Namun apa sebenarnya yang berlaku di dalam van itu masih belum diketahui.
Enam pegawai polis yang terlibat sudah pun diberhentikan kerja dan kini sedang menjalani siasatan jenayah.
Kejadian ini berlaku di tengah-tengah perbahasan hebat mengenai beberapa lelaki kulit hitam yang juga mati di tangan polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.