Para pengunjung ke Taif berbuka puasa di ladang bunga mawar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPA)
TAIF: Di wilayah Taif yang terletak di barat Arab Saudi, pengalaman berbuka puasa dengan hidangan yang disediakan dinikmati dengan bunga mawar yang terkenal di daerah tersebut.
Terletak di Gunung Al-Hada, lembah Taif yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan mekar dengan bunga mawar, lapor Saudi Gazette.
Ia menarik perhatian golongan keluarga untuk pengalaman berbuka puasa yang istimewa, dengan menikmati keharuman bunga yang mekar pada musim bunga itu.
Ramadan tahun ini bertepatan dengan musim bunga mawar, dan kawasan tersebut akan diselubungi keharuman selama 42 hingga 50 hari.
Keluarga yang ingin berehat dan menikmati persekitaran dikelilingi bunga mawar berkumpul di meja makan dengan tanglung, bunga mawar segar, dan minuman berperisa bunga mawar yang disediakan petani tempatan.
Tradisi tersebut menonjolkan kepentingan ekonomi dan budaya bunga mawar, yang terkait dengan minyak wangi diiktiraf dunia.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.