Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Para pemimpin Rusia dan Korea Utara bertemu mungkin bagi perjanjian senjata

Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin Rusia dan Korea Utara bertemu mungkin bagi perjanjian senjata

(Gambar: AP/Vladimir Smirnov/Sputnik/Kremlin PooL)

MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin berjabat tangan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di sebuah pusat angkasa lepas Rusia, hari ini (13 Sep).

Pertemuan tersebut mungkin merintis jalan bagi perjanjian senjata yang menangkis sekatan-sekatan dunia.

Rusia dan Korea Utara yang dipinggirkan dunia mengadakan pertemuan di pelabuhan angkasa lepas Rusia di Vostochny Cosmodrome, sekitar 1,000 kilometer from bandar Vladivostok.

Menurut Presiden Putin, lokasi pertemuan itu dipilih kerana Mosko merancang untuk membantu Pyongyang menghasilkan satelit, lapor agensi RIA Novosti.

Menggayakan sut gelap dan senyum lebar, Encik Kim Jong Un bersalaman erat dengan Presiden Putin sebelum kedua-dua orang pemimpin melawat pusat angkasa lepas Rusia itu.

"Pemimpin DPRK menunjukkan minat yang tinggi dalam teknologi roket dan mereka sedang cuba membangunkan kemajuan dalam ruang angkasa," kata Presiden Putin mengenai lawatan pemimpin Korea Utara itu.

Menurut para pakar, Rusia kemungkinan mendapatkan peluru meriam dan peluru berpandu anti kereta kebal dari Korea Utara yang mahukan satelit maju dan teknologi kapal selam berkuasa nuklear.

"Kita akan bincangkan semua isu itu, tanpa membuang masa. Masih ada waktu," kata Presiden Putin ketika ditanya para wartawan sama ada kerjasama tentera adalah agenda perbincangan dua hala.

Encik Kim juga dilaporkan berterima kasih kepada Presiden Putin kerana menjemput beliau meskipun jadual sibuk pemimpin Rusia itu.

Awal dari itu, Encik Kim menyifatkan lawatan pertamanya ke luar negara sejak pasca pandemik menunjukkan Korea Utara sedang "mengutamakan kepentingan strategik" hubungannya dengan Rusia.

Encik Kim, yang berangkat ke Rusia melalui laluan darat dalam kereta api yang kalis peluru, diiringi rombongan yang mencerminkan tumpuan kukuh ketenteraan.

Ketika Encik Kim ke luar negara, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandik balistik siang tadi.

Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu yang ke Korea Utara Julai lalu, baru-baru ini mengusulkan latihan tentera laut dua hala, turut akan menyertai rundingan bersama Presiden Putin kali ini.
Sumber : AFP/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan