Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Para pemimpin Palestin jawab dan kritik Trump berhubung ancam mahu sekat bantuan

Rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada "peras ugut" oleh Presiden Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin Palestin jawab dan kritik Trump berhubung ancam mahu sekat bantuan

Gambar fail rakyat Palestin memberontak ketika Presiden Trump umum keputusan AS. (Gambar: Ahmad Gharabli/ AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 09:25PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 09:29PM

PALESTIN: Rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada "peras ugut" oleh Presiden Donald Trump.

Ini ditegaskan oleh pegawai kanan Palestin, Hanan Ashrawi selepas Presiden Trump mengancam untuk memotong bantuan Amerika kepada Palestin.

Bantuan tersebut bernilai lebih AS$300 juta (S$400 juta) setahun.

"Presiden Trump sudah mensabotaj pencarian kami untuk perdamaian, kebebasan dan keadilan. Kini beliau berani menyalahkan penduduk Palestin bagi natijah perbuatan-perbuatannya sendiri yang tidak bertanggungjawab," kata Cik Ashrawi.

Jurucakap kepada Presiden Palestin, Encik Nabil Abu Rudeina pula menekankan: "Baitulmakdis adalah ibu kota abadi bagi negara Palestin dan ia bukan untuk jualan bagi mendapatkan emas atau berbilion-bilion dolar."

Beliau menambah bahawa rundingan harus berlandaskan undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan yang mengiktiraf kewujudan sebuah negara Palestin nanti, dengan Baitulmakdis Timur selaku ibu kotanya.

Dalam catatan twitter, Presiden Trump menuduh Palestin "tidak lagi berminat untuk membincangkan perdamaian" dengan Israel.

Menurutnya, Washington memberi "ratusan juta dolar setahun kepada Palestin tanpa menerima penghargaan atau rasa hormat."

Maka itu katanya, Washington tidak seharusnya menghulurkan bantuan sebesar itu pada masa depan.

Kenyataan Presiden Trump itu dibuat selepas Duta Besar Amerika di PBB Nikki Haley mendedahkan, Washington merancang untuk menghentikan pembiayaan kepada agensi PBB yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin.

Hubungan antara Palestin dengan Washington menjadi dingin sejak awal bulan ini selepas Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Keputusan Washington itu juga mencetuskan kemarahan dunia Arab.

Palestin menyifatkan langkah Washington itu sebagai tidak boleh diterima dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

Dalam kenyataan terbarunya, pihak Palestin menuduh Presiden Trump melakukan sabotaj terhadap usaha damai Israel-Palestin. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan