Para pelarian Rohingya setuju pindah ke pulau Bangladesh
Ribuan orang Rohingnya yang tinggal di kem pelarian Bangladesh sudah bersetuju untuk pindah ke sebuah pulau di Teluk Benggala, menurut para pegawai pada Ahad (20 Okt), meskipun terdapat kebimbangan bahawa tapak itu kerap dilanda banjir.

(Gambar: MUNIR UZ ZAMAN/AFP)
COX'S BAZAR: Ribuan orang Rohingnya yang tinggal di kem pelarian Bangladesh sudah bersetuju untuk pindah ke sebuah pulau di Teluk Benggala, menurut para pegawai pada Ahad (20 Okt), meskipun terdapat kebimbangan bahawa tapak itu kerap dilanda banjir.
Dhaka sudah kian lama ingin memindahkan seramai 100,000 pelarian ke pulau tersebut, kerana menyatakan bahawa ia akan mengurangkan tekanan di kem-kem pelarian yang terlalu sesak di mana hampir sejuta orang Rohingnya tinggal.
Seramai 740,000 orang Rohingnya melarikan diri ke Myanmar pada Ogos 2017 kerana diserang oleh pihak tentera. Mereka menyertai seramai 200,000 pelarian yang sudah berada di kem pelarian di Cox's Bazar.
Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Encik Mahbub Alam berkata bahawa para pegawai yang bertanggungjawab atas pemindahan itu akan dihantar ke pulau Bhashan Char dalam beberapa hari nanti.
"Sekitar 6,000 hingga 7,000 pelarian sudah meluahkan keinginan untuk berpindah ke Bhashan Chahr," menurut Encik Alam kepada AFP, sambil menambah bahawa "jumlah tersebut kian meningkat".
Beliau tidak memberitahu bila para pelarian itu akan berpindah, tetapi seorang pegawai Tentera Laut kanan yang terlibat dalam membina kemudahan-kemudahan di pulau itu berkata bahawa ia akan bermula menjelang Disember, dengan seramai 500 pelarian dihantar setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.