Para pegawai Arab Saudi di Iran bincang untuk buka semula kedutaan
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH : Satu pasukan teknikal Arab Saudi kini di Iran bagi merundingkan tatacara bagi membuka semula kedutaan Saudi di Tehran dan konsulat di bandar Mashhad di timur laut Iran.
Kedua-dua kuasa di Timur Tengah itu, secara rasmi menyambung hubungan diplomatik pada Khamis (6 Apr) setelah putus tujuh tahun.
Jalinan semula hubungan diplomatik itu diumumkan selepas pertemuan antara Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisan Farhan dengan rakan sejawatan dari Iran Hossein Amir Abdollahian di Beijing, China.

Ia menyusuli persetujuan yang dicapai kedua-dua negara pada bulan lalu, hasil usaha China.
Setelah bermusuhan sekian lama Iran dan Saudi kini berikrar untuk bekerjasama bagi mewujudkan keselamatan dan kemantapan di rantau Teluk.
Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran dalam tahun 2016 setelah para penunjuk perasaan menyerang misi-misi diplomatik Saudi di Iran.
Keganasan itu meletus setelah Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap seorang ulama Syiah yang terkemuka.

Sumber : Agensi berita/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.