Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Para Menteri Luar ASEAN adakan mesyuarat 2 hari di Vietnam

Para Menteri Luar ASEAN sedang mengadakan mesyuarat dua hari di Vietnam bagi membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2020 05:22PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 09:29PM

NHA TRANG, VIETNAM: Para Menteri Luar ASEAN sedang mengadakan mesyuarat dua hari di Vietnam bagi membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Mereka juga dijangka membentangkan keutamaan-keutamaan ASEAN bagi tahun ini.

Pertemuan di bandar Nha Trang itu merupakan mesyuarat pertama yang dikelolakan oleh Vietnam selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

Salah satu isu yang dijangka menjadi pokok perbincangan adalah ketegangan di Laut China Selatan di mana beberapa buah negara anggota mempunyai tuntutan bertindih.

Para menteri luar ASEAN itu dijangka mengeluarkan kenyataan bersama yang menekankan komitmen untuk mematuhi proses rundingan berhubung kod tata laku di Laut China Selatan yang dipersetujui dengan China.

Ramai pengamat mengatakan ia satu isu yang sukar kerana setiap negara anggota ada kepentingan sendiri.

Tuan rumah Vietnam misalnya merupakan salah sebuah negara yang lantang membantah kehadiran tentera China di Laut China Selatan sejak kebelakangan ini.

Agenda perbincangan lain termasuk perjanjian dagangan bebas di bawah Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau atau R-CEP serta rancangan Myanmar bagi penghantaran pulang pelarian Rohingya.  

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan