Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Papar bendera Malaysia yang salah sangat memalukan - Syed Saddiq

Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang sangat memalukan dan tidak melambangkan budaya Malaysia yang sebenar, kata Menteri Belia dan Sukan (KBS) negara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Anggaran Waktu Membaca:
Papar bendera Malaysia yang salah sangat memalukan - Syed Saddiq

Jalur Gemilang tidak cukup sifat dikibar ketika kejohanan bola keranjang remaja. (Gambar: Muhammad Imran/Twitter)

Diterbitkan : 26 Nov 2019 05:23PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 05:30PM

KUALA LANGAT: Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang sangat memalukan dan tidak melambangkan budaya Malaysia yang sebenar, kata Menteri Belia dan Sukan (KBS) negara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.

"Tindakan KBS adalah untuk memastikan siasatan dan tindakan diambil ke atas persatuan tersebut.

" Kita perlu melalui beberapa prosedur sebelum mengambil apa-apa tindakan, " katanya hari ini (26 Nov) ketika mengulas mengenai pemaparan bendera kebangsaaan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima ketika perasmian Piala Lum Mun Chak yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), semalam (25 Nov).

Susulan kejadian itu, MABA dalam laman webnya telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan berkenaan.

Sementara itu polis telah memanggil Presiden Maba Lua Choon Hann untuk disoal siasat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata pihaknya telah memanggil Lua ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi tadi untuk diambil keterangan.

Beliau berkata Encik Lua menjelaskan bahawa kejadian sedemikian bukanlah berpunca daripada pihak Maba sebaliknya pihak konsultan teknologi maklumat.

“Presiden Maba ada berjumpa dengan saya pagi tadi untuk memperjelaskan kejadian sebenar dan saya meminta beliau untuk buat laporan polis di Balai Polis Tun H.S Lee.

“Pihak konsultan berkenaan juga dipanggil dan disiasat sekiranya kejadian ini mempunyai motif tertentu sama ada disengajakan atau sebaliknya,” kata Encik Mazlan.

Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes itu.

Selain itu, beliau juga menasihatkan mana-mana pihak perlu memeriksa dan memastikan spesifikasi Jalur Gemilang sempurna untuk sesuatu majlis atau acara rasmi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan