Skip to main content

Dunia

Papagomo tidak lakukan kesalahan serius terhadap Syed Saddiq: Polis M'sia

Siasatan awal polis Malaysia mendapati EXCO Pemuda UMNO yang lebih dikenali sebagai Papagomo, tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Anggaran Waktu Membaca:
Papagomo tidak lakukan kesalahan serius terhadap Syed Saddiq: Polis M'sia

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali Papagomo (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 08:24PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 08:28PM

SHAH ALAM: Siasatan awal polis Malaysia mendapati EXCO Pemuda UMNO yang lebih dikenali sebagai Papagomo, tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang sebelum ini direman tiga hari bagi membantu siasatan, sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

"Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham... berlaku sikit tarik-menarik.

"Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat di sini, hari ini (20 Feb).

Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3.00 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Beliau ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Sumber : Bernama/DY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita