Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pantai timur Australia bergelut peningkatan kes COVID-19

Wilayah-wilayah New South Wales dan Queensland di pantai timur Australia, bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 varian Delta pada Ahad (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pantai timur Australia bergelut peningkatan kes COVID-19

Jalan raya senyap di Sydney susuli perintah berkurung. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 05:43PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 05:49PM

MELBOURNE: Wilayah-wilayah New South Wales dan Queensland di pantai timur Australia, bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 varian Delta pada Ahad (1 Ogos).

Jutaan orang kini berada di bawah langkah sekatan yang ketat dan pihak berkuasa menggesa lebih ramai orang menjalani ujian dan vaksinasi untuk mengekang penularan.

Sydney dan kawasan sekitarnya, yang memasuki minggu kelima perintah duduk di rumah, melaporkan 239 kes tempatan baru varian Delta yang sangat mudah berjangkit, sama dengan jumlah rekod harian penularan semasa yang dicatatkan pada Khamis.

Lima juta penduduk di bandar itu dan mereka yang berada di pusat-pusat wilayah jirannya merangkumi 200 kilometer pesisiran pantai harus duduk di rumah sehingga sekurang-kurangnya 28 Ogos.

Jumlah keseluruhan kes dalam penularan kali ini, yang bermula pada pertengahan Jun, telah mencecah 3,427.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata: "Cabaran buat kita adalah mendapatkan sebanyak mungkin orang divaksinasi pada Ogos agar apabila tibanya 28 Ogos, kita mempunyai pilihan bagaimana dapat melonggarkan sekatan."

Usaha vaksinasi Australia setakat ini perlahan, dengan hanya 18 peratus penduduk dewasa yang sudah selesai diberi vaksinasi penuh setakat ini. Brad Hazzard, menteri kesihatan NSW, berkata bahawa 70 peratus penduduk wilayah itu dapat divaksinasi sepenuhnya dalam masa sekitar empat bulan.

Di wilayah jiran Queensland, terdapat sembilan jangkitan tempatan COVID-19, lonjakan harian terbesar dalam hampir setahun. Lebih 3 juta penduduk kini diletakkan di bawah arahan sekatan segera selama tiga hari sejak Sabtu.

"Sangat penting (untuk menjalani ujian), siapa pun dengan gejala apa pun, tidak kira di mana anda berada, kerana saya tidak tahu di mana virus ini pada saat ini," kata ketua pegawai kesihatan Queensland, Jeannette Young.

Australia telah berjaya mengawal sebahagian besar penularan dengan lebih 34,000 kes dicatat berserta 924 kematian. Namun lambatnya usaha vaksinasi membuat negara itu mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan lagi sebelum membuka semula sempadan negara. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan