Pantai Sydney ditutup susuli 3 serangan jerung dalam 2 hari
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Pantai-pantai di bahagian utara Sydney masih ditutup pada Selasa (20 Jan) selepas seorang lelaki berusia 20-an tahun dibaham ikan jerung - serangan ketiga di bandar itu dalam tempoh dua hari - selepas hujan lebat menyebabkan air laut menjadi keruh dan lebih cenderung menarik perhatian haiwan tersebut.
Pasukan perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke sebuah pantai di Manly pada petang Isnin (19 Jan) menyusuli laporan seorang peluncur air dibaham jerung, menurut kenyataan polis New South Wales.
Max White, saksi kejadian, berkata seorang peluncur lain menyelamatkan nyawa lelaki tersebut dengan menggunakan tali pengikat kaki papan luncur untuk menghentikan pendarahan.
"Dia bernafas, tetapi dalam keadaan tidak sedar diri, dan kami hanya... cuba memastikannya terus terjaga, begitu juga dengan semua orang lain di sekeliling kami. Semua orang terlibat turut membantu," katanya kepada penyiar rasmi ABC.
Pasukan paramedik merawat lelaki itu disebabkan kecederaan parah pada kakinya sebelum membawanya ke hospital dalam keadaan kritikal.
Semua pantai di kawasan Northern Beaches, sebuah kawasan yang merentasi garis pantai utara bandar itu, akan terus ditutup sehingga diberitahu kelak, kata polis.
Serangan-serangan itu berlaku selepas hujan lebat selama beberapa hari yang mengalir masuk ke kawasan pelabuhan dan pantai di sekitar bandar, mewujudkan keadaan ideal untuk jerung spesies 'bull shark' mengganas. Spesies itu membiak dengan baik dalam keadaan sedemikian.
"Jika sesiapa bercadang untuk pergi meluncur pagi ini di mana-mana sahaja di sepanjang Northern Beaches, fikirkanlah semula," kata Steven Pearce, Ketua Eksekutif Surf Life Saving NSW kepada para wartawan pada Selasa (20 Jan).
"Kita mempunyai mutu air yang sangat buruk yang sangat sesuai untuk aktiviti jerung ini."
Pada Isnin, seorang budak lelaki berusia 10 tahun terselamat tanpa kecederaan selepas seekor jerung merempuhnya sehingga jatuh dari papan luncur dan membaham sebahagian besar papan tersebut. Sehari sebelum itu, seorang lagi budak lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas dibaham jerung di sebuah pantai di bandar itu.
Australia mencatatkan kira-kira 20 serangan jerung setiap tahun, dengan kurang daripada tiga kes-kes tersebut melibatkan kematian, menurut data daripada kumpulan pemuliharaan. Perangkaan tersebut jauh lebih kecil berbanding kes lemas di pantai-pantai serata negara itu.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.