Pantai New South Wales ditutup selepas lelaki cedera parah diserang jerung
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Petikan skrin video/YouTube/Sky News Australia)
SYDNEY: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kakinya akibat diserang jerung di New South Wales (NSW), Australia pada Jumaat (25 Ogos).
Surf Life Saving NSW dalam satu kenyataan menyatakan lelaki berusia 40-an tahun itu diserang jerung di perairan Port Macquarie, sebuah bandar yang terletak di pantai utara wilayah itu pada kira-kira 10.00 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.
Ekoran serangan itu, kawasan pantai di situ akan ditutup sehingga diberitahu kelak, dengan papan tanda dipasang untuk memberi amaran kepada para penduduk tempatan supaya menjauhi kawasan pantai.
Jenis jerung terbabit belum dapat dikenal pasti.
Pangkalan Data Insiden Jerung Australia menunjukkan lapan insiden serangan jerung berlaku di seluruh negara tersebut tahun ini sebelum Ogos, menyebabkan dua kematian dan empat yang lain cedera parah di kaki atau tangan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.