Skip to main content

Dunia

Panglima Angkatan Udara Venezuela ikrar kesetiaan kepada pemimpin pembangkang, Juan Guaido

Ketua Angkatan Udara Venezuela, Jeneral Francisco Yanez, mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai Pemangku Presiden negara itu, serta menolak pemimpin sosialis Nicolas Maduro. 

Anggaran Waktu Membaca:
Panglima Angkatan Udara Venezuela ikrar kesetiaan kepada pemimpin pembangkang, Juan Guaido

Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido, bersama isteri dan anak perempuannya di luar kediaman mereka di Caracas. (Gambar: Federico Parra/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 10:36PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 10:41PM

CARACAS: Ketua Angkatan Udara Venezuela, Jeneral Francisco Yanez, mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido sebagai Pemangku Presiden negara itu, serta menolak pemimpin sosialis Nicolas Maduro. Sokongan Jeneral Yanez itu dibuat dalam sebuah video yang dimuat naik ke media sosial pada Sabtu (2 Feb).

Dalam rakaman video itu, Jeneral Yanez, yang berpakaian seragam penuh menjelang perhimpunan-perhimpunan yang bakal diadakan di Caracas, berkata beliau menolak "kuasa Maduro yang menjengkelkan dan bersifat diktator".

Meskipun Encik Guaido mendapat sokongan antarabangsa atas tuntutannya untuk menjadi pemangku presiden Venezuela, sebahagian besar sokongan bagi Encik Maduro datang dari komand tertinggi tentera negara itu. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita