Skip to main content

Dunia

Pangkalan tentera ditempatkan semula BN untuk tambah bekalan pengundi, kata Mat Sabu

Empat pangkalan tentera dipindahkan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi memperhebat sokongan pengundi tentera di kawasan-kawasan tertentu, kata Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pangkalan tentera ditempatkan semula BN untuk tambah bekalan pengundi, kata Mat Sabu

Encik Mohamad Sabu.

Diterbitkan : 21 Feb 2019 02:12PM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 02:16PM

KUALA LUMPUR: Empat pangkalan tentera dipindahkan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi memperhebat sokongan pengundi tentera di kawasan-kawasan tertentu, kata Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu.

Menurut laporan The Star hari ini (21 Feb), Encik Mohamad Sabu berkata pangkalan-pangkalan baru itu, hasil pertukaran tanah dan dibangunkan oleh kementerian pertahanan meskipun dibantah oleh para pegawai kanan tentera.

"Pangkalan-pangkalan tentera dibangunkan bagi memindahkan para pengundi tentera. Sebelum ini, pasukan tentera menyatakan bahawa tiada keperluan untuk membangunkan sebuah pangkalan tentera di empat lokasi itu.

"Namun, MINDEF tidak menghiraukan bantahan tersebut dan tetap meneruskan langkah itu bagi tujuan menjamin bekalan pengundi supaya ahli-ahli politik tertentu boleh terus meraih kemenangan di kawasan-kawasan undi parlimen masing-masing dalam pilihan raya umum sebelum ini," kata Menteri berkenaan, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu.

Empat pangkalan tentera itu terletak di Hutan Melintang (Perak), Segamat dan Paloh (Johor), serta Bera (Pahang).

Encik Mohamad Sabu berkata perbuatan itu dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa.

Pada Selasa (19 Feb), beliau mengumumkan bahawa kementerian pertahanan Malaysia kehilangan lebih RM500 juta (S$166 juta) dalam perjanjian pertukaran tanah melibatkan tapak-tapak tanah bernilai RM4.88 bilion (S$1.6 bilion).

Projek-projek berkenaan dilaksanakan tanpa perancangan terperinci dan para pemaju hartanah juga dipilih tanpa usaha wajar, katanya.

Encik Mohamad Sabu sudahpun memberi arahan kepada para pegawainya supaya membuat laporan kepada polis, penyiasat rasuah dan agensi-agensi relevan lain.

Akhbar The Star, yang menukil seorang mantan tentera, melaporkan bahawa pihak yang dituduh terlibat dalam perbuatan itu adalah para pegawai kanan tentera.

"Sesetengah daripada mereka adalah jeneral yang sudahpun bersara. Amat mengecewakan bahawa mereka lebih mematuhi ahli politik dan bukan Agung dan negara ini, seperti yang dikehendaki semua anggota tentera," menurut sumber itu.

"Jika pertukaran tanah itu dilakukan dengan perancangan betul dan para pemaju dipilih dengan baik, MINDEF mungkin tidak akan kehilangan banyak wang," kata Encik Mohamad Sabu.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita