Panel pakar antarabangsa letak jawatan siasat polis Hong Kong
Sebuah panel pakar-pakar asing yang ditugaskan untuk menasihati badan pengawal polis Hong Kong meletak jawatan secara mendadak.
(Gambar: AFP)
HONG KONG: Sebuah panel pakar-pakar asing yang ditugaskan untuk menasihati badan pengawal polis Hong Kong meletak jawatan secara mendadak.
Pemerintah Hong Kong melantik panel tersebut bagi memastikan objektiviti dalam siasatan tentang dakwaan bahawa polis menggunakan tindakan kekerasan secara keterlaluan terhadap para penunjuk perasaan anti pemerintah.
Selama berbulan-bulan para penunjuk perasaan mendesak pemerintah mengadakan siasatan bebas terhadap tindak-tanduk polis.
Bagaimanapun, pemerintah berulang kali pula menolak tuntutan itu. Alasannya, Majlis Bebas Aduan Polis (IPPC) perlu diberi peluang terlebih dahulu untuk menyelesaikan siasatannya.
Pakar-pakar asing itu diambil bagi memberi nasihat kepada badan pemantau polis tersebut.
Bagaimanapun, satu nota yang bocor menunjukkan bahawa panel pakar-pakar asing itu berpendapat IPPC tidak mempunyai kuasa dan keupayaan untuk melakukan siasatan tersebut. Ini memandangkan IPPC tidak boleh memanggil saksi-saksi dan memaksa mereka memberi keterangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.