Panduan melancong: Cara kesan kamera tersembunyi di bilik Airbnb dan hotel
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Tribun Travel/Eratuku
KUALA LUMPUR: Ramai yang akan melancong pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Semestinya anda akan menempah bilik hotel atau Airbnb di sekitar kawasan melancong. Sebaik saja tiba di hotel, anda akan cuba menyesuaikan diri dengan bilik yang akan jadi tempat penginapan anda.
Namun, tahukah anda sebenarnya besar kemungkinan ada kamera tersembunyi di dalam bilik itu. Justeru itu, demi memastikan keselamatan dan menjaga privasi anda, sebaiknya anda sekeluarga periksa dengan teliti bilik anda sebelum lakukan apa-apa.
Salah satu penyiar negara China, baru-baru ini mengeluarkan panduan tentang cara untuk mengesan jika kamera tersembunyi ada dalam Airbnb atau bilik hotel anda.
Shanghai Ist melaporkan bahawa terdapat dua cara untuk mengesan jika ada kamera tersembunyi dalam bilik anda.
1. Pancarkan lampu suluh pada celah-celah kawasan atau lubang kecil.
Pastikan anda semak soket dinding, kotak tisu, jam, botol syampu, penghawa dingin, penghala wifi dan peralatan lain yang ada di dalam bilik tersebut. Kebiasaannya, kamera tersembunyi dipasang di alat-alat tersebut.
Menurut laporan itu, kamera tersembunyi mempunyai salutan khas yang akan memantulkan lampu warna hijau atau biru jika ada cahaya menyinarinya. Oleh sebab itu, pastikan anda suluh lampu ke semua peralatan yang ada di dalam bilik.
2. Tutup lampu bilik, gunakan kamera depan telefon anda untuk mengimbas bilik.
Anda perlu mematikan semua lampu di dalam bilik dan menutup sebarang langsir untuk mengesan kehadiran kamera tersembunyi.
Kebiasaannya, kamera tersembunyi akan memantulkan cahaya berkelip. Imbas menggunakan kamera depan, jika cahaya ungu berkelip muncul pada kamera anda, besar kemungkinan di situ ada kamera yang tersembunyi.
Bagi sesiapa yang akan melancong pada cuti hujung tahun ini, ikut nasihat tersebut dan semak dahulu untuk keselamatan anda!

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.