Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pandemik selepas COVID-19 mungkin lebih berbahaya, kata pencipta vaksin

Pandemik akan terus berlaku, dunia harus bersiap sedia dan pengajaran yang ditimba daripada penularan koronavirus sekarang tidak harus disia-siakan, kata profesor vaksinologi di Universiti Oxford, Sarah Gilbert, yang berpendapat pandemik selepas COVID-19 mungkin lebih berbahaya lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pandemik selepas COVID-19 mungkin lebih berbahaya, kata pencipta vaksin

Gambar hiasan virus. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 09:19PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 09:22PM

LONDON: Pandemik yang berlaku selepas COVID-19 mungkin lebih berbahaya lagi, menurut salah seorang pencipta vaksin Oxford-AstraZeneca. Maka itu, pengajaran yang ditimba daripada penularan koronavirus sekarang tidak harus disia-siakan dan seluruh dunia harus memastikan ia bersiap sedia menangani serangan virus yang akan datang.

Menurut Universiti John Hopkins, pandemik koronavirus telah meragut nyawa 5.26 juta orang di seluruh, menyebabkan kerugian ekonomi bernilai beberapa trilion dolar dan mengubah kehidupan berbilion orang.

"Sebenarnya, pandemik seterusnya mungkin lebih teruk. Ia mungkin lebih mudah berjangkit, ataupun lebih berbahaya, ataupun kedua-duanya sekali," kata Sarah Gilbert dalam acara Richard Dimbleby Lecture, lapor BBC pada Isnin (6 Dis). "Ini bukan kali terakhir virus akan mengancam kehidupan dan mata pencarian kita."

Cik Gilbert, seorang profesor vaksinologi di Universiti Oxford, berkata seluruh dunia harus memastikan ia lebih bersedia untuk menangani virus seterusnya.

"Kemajuan yang sudah kita capai dan pengetahuan yang kita raih, tidak harus disia-siakan," kata beliau lagi.

Usaha untuk menamatkan pandemik COVID-19 setakat ini tidak setara dengan akses vaksin yang terbatas bagi negara-negara berpendapatan rendah manakala penduduk yang "sihat dan kaya raya" di negara-negara mewah mendapat dos ketiga vaksin, kata pakar kesihatan.

Sebuah panel pakar kesihatan yang dibentuk Pertubuhn Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyemak pengendalian pandemik SARS-CoV-2 menggesa diadakan pendanaan tetap dan perjanjian baru untuk mengkaji pandemik ini dengan lebih mendalam lagi.

Salah satu saranannya ialah bagi pendanaan sekurang-kurang AS$10 bilion (S$13.69 bilion) setahun untuk persiapaan pandemik.

Kes pertama COVID-19 dikesan di China lewat 2019. Vaksin bagi virus tersebut dihasilkan dalam masa yang amat cepat.

Tambah Cik Gilbert, protein pepaku (spike protein) varian Omikron mengandungi mutasi yang membuat virus ini lebih mudah berjangkit.

"Terdapat perubahan baru yang boleh menyebabkan antibodi yang dihasilkan oleh vaksin mungkin kurang berkesan untuk mencegah jangkitan varian Omicron," katanya.

"Kita harus berhati-hati dan mengambil langkah-langkah untuk memperlahankan penularan Omicron sementara menantikan lebih banyak maklumat tentang varian ini."  

Sumber : Reuters/NY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan