Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pandemik COVID-19 masih belum berakhir, tegas ketua WHO

Anggaran Waktu Membaca:
Pandemik COVID-19 masih belum berakhir, tegas ketua WHO

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 02:34PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 02:34PM
GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (22 Sep) mengundur kenyataan beliau bahawa pandemik COVID-19 sudah hampir ke penghujungnya, sambil memberi amaran bahawa perisytiharan krisis itu sebagai sudah berakhir "masih jauh".

Minggu lalu, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu wartawan bahawa dunia "berada pada kedudukan yang baik untuk menamatkan pandemik... Garisan penamatnya sudah boleh dilihat".

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam wawancara yang disiarkan pada 18 September mengisytiharkan pandemik di AS "sudah berakhir".

Namun apabila berucap kepada pihak media sekali lagi pada Khamis (22 Sep) semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Encik Tedros menegaskan bahawa "bayangan garisan penamat itu tidak bermakna kita sudah sampai ke penghujungnya".

Beliau menekankan sekali lagi bahawa dunia dalam kedudukan yang baik untuk mengakhiri pandemik dengan jumlah mangsa yang maut akibat COVID-19 dalam seminggu semakin merosot.

Encik Tedros menarik perhatian bahawa dua pertiga daripada penduduk dunia sudah menerima suntikan vaksin termasuk tiga perempat daripada petugas jagaan kesihatan dan warga emas.

Dalam kemas kini terbaru epidemiologi, WHO menyatakan lebih 9,800 kematian dilaporkan minggu lalu, turun 17 peratus daripada minggu sebelumnya, manakala 3.2 juta kes baru dilaporkan.

Agensi kesihatan PBB memberi amaran bahawa jumlah kes yang semakin merosot tidak jelas dek banyak negara kini mengurangkan ujian pengesanan jangkitan dan mungkin tidak melaporkan kes yang kurang serius.

Maria Van Kerkhove, ketua teknikal WHO berhubung COVID-19 memberitahu wartawan bahawa virus itu masih "berleluasa pada kadar yang tinggi", meskipun keadaannya berbeza-beza di negara yang berbeza.

Beliau menarik perhatian bahawa dunia mempunyai alat yang diperlukan untuk membendung kadar penularan jangkitan.

Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa