Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Panda gergasi albino yang jarang ditemui sekali lagi dilihat di China

Anggaran Waktu Membaca:
CHENGDU: Seekor panda gergasi albino yang jarang ditemui - dipercayai satu-satu seumpamanya - sekali lagi dilihat di barat daya China.

Rakaman kamera menunjukkan haiwan putih itu dikeluarkan oleh Wolong National Nature Reserve di wilayah Sichuan, lapor stesen penyiar CCTV pada hari Sabtu (27 Mei).

Panda itu dipercayai berusia kira-kira lima atau enam tahun, dan tidak kelihatan mengalami sebarang masalah kesihatan, menurut laporan itu.

Haiwan unik itu pertama kali dilihat oleh kamera Wolong National Nature Reserve pada April 2019, kira-kira 2,000 meter di atas paras laut. Ia mengeluarkan imej pertama haiwan itu pada Mei tahun yang sama, menunjukkan bulu putih dan kuku serta mata yang merah.

Pegawai Wolong National Nature Reserve sejak itu sudah menubuhkan pasukan khas untuk memantau panda berkenaan, menurut CCTV. Para penyelidik mengkaji kemungkinan rutin beruang itu dan memasang serta menyelaraskan kamera yang diaktifkan gerakan untuk merakam pergerakannya.

Rakaman baru itu juga menunjukkan haiwan tersebut berinteraksi dengan beberapa panda gergasi hitam-putih lain pada ketinggian kira-kira 2,600m di atas paras laut, menurut laporan dari People’s Daily yang dikendalikan pemerintah.

Ini adalah panda gergasi albino pertama yang direkodkan di kawasan hutan, kata Li Sheng, seorang penyelidik di sekolah sains hayat Universiti Peking menurut laporan CCTV itu.
Sumber : South China Morning Post/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan