Pampasan lebih AS$110,000 bagi pembantu rumah warga Indonesia didera di Hong Kong
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
HONG KONG: Seorang wanita warga Indonesia yang dipukul dan dibakar oleh bekas majikannya di Hong Kong sehingga menyebabkannya mengalami kesakitan kronik, diberikan pampasan bernilai lebih AS$110,000 (S$146,000) pada Jumaat (10 Feb).
Kes penderaan Kartika Puspitasari, 40 tahun, mendapat liputan berita meluas hampir sedekad yang lalu sehingga mencetuskan bantahan terhadap cara pembantu rumah hijrahan dilayani di Hong Kong.
Majikannya didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara pada 2013.
Cik Puspitasari mengalami kelecuran akibat seterika panas dan dia dipukul dengan rantai basikal yang menyebabkannya mengalami parut dan trauma mental.
Layanan buruk terhadapnya hanya terbongkar selepas dia meminta perlindungan konsular. Dia akhirnya pulang ke Indonesia pada 2014 tanpa menerima sebarang gaji.
Pada Jumaat (10 Feb), hakim memutuskan bahawa Cik Puspitasari "dilayan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan" dan memberikannya HK$868,607 (S$146,000).
Di kediamannya di Padang, pulau Sumatera, Cik Puspitasari menitiskan air mata setelah menerima berita itu melalui panggilan video.
"Saya sangat tersentuh dengan kebaikan hati anda semua," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya.
Eni Lestari, jurucakap Badan Penyelaras Pekerja Hijrahan Asia di Hong Kong, menyifatkan kes Cik Puspitasari sebagai sangat keterlaluan, namun ia bukan satu kes terpencil".
Sekitar 340,000 pekerja hijrahan, terutama wanita dari Indonesia dan Filipina, diambil bekerja di Hong kong.
Kumpulan-kumpulan hak asasi sudah lama mempersoalkan sistem bandar itu yang mendedahkan para pembantu rumah hijrahan kepada eksploitasi sehingga menyebabkan sebilangan daripada mereka tidak dapat melarikan diri daripada tempat kerja yang teruk kerana mereka perlu tinggal bersama majikan mereka.
Di mahkamah, Cik Puspitasari memberi keterangan bahawa penderaan itu mengakibatkannya mengalami parut berwarna hitam buat selama-lamanya pada bahagian belakang tubuh, perut dan lengan kirinya.
Menurut para peguam, kecederaan teruk itu akan menghambat peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang dan dia tidak akan mampu membayar kos pembedahan dan rawatan perubayan yang diperlukan.
Pasangan suami isteri yang menggajikannya sudahpun selesai menjalani hukuman masing-masing.
Lelaki terbabit dihukum penjara selama tiga tahun setengah manakala isterinya dikenakan hukuman penjara selama lima tahun setengah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.