Pameran 'SusHi Tech Tokyo' didik orang ramai tentang cabaran & huraian bina bandar lebih mampan
Anggaran Waktu Membaca:

TOKYO: Dinamakan "Sustainable High City Tech Tokyo" atau SusHi Tech Tokyo, pameran itu bertujuan mendidik orang ramai mengenai cabaran serta huraian menciptakan bandar lebih mampan.
Dari robot besar seperti 'Transformer' hingga ke dron dan teksi udara,
kesemuanya mungkin menjadi perkara biasa pada 2050.
Inilah antara jangkaan teknologi masa hadapan yang dipamerkan di SusHi Tech Tokyo.
Antaranya, sebuah kereta yang boleh bertukar menjadi robot.
Menarik ilham daripada rancangan kartun seperti Transformers dan mainan semasa kecil, para pereka robot ini berharap ia dapat membantu semasa waktu kecemasan suatu hari nanti.
Kerana ia bukan sahaja dapat dikerahkan ke tempat kejadian dalam bentuk kereta, bahkan menawarkan bantuan apabila bertukar menjadi robot.
Turut dipamerkan juga adalah "Flying Taxi" ataupun teksi udara, yang dijangka akan mula beroperasi di Amerika Syarikat mulai tahun depan.
Konsep "teksi udara elektrik" juga sedang dibangunkan oleh beberapa syarikat di seluruh dunia.
Pelbagai lagi rekaan teknologi-teknologi terkini turut dipaparkan dalam usaha untuk menyokong inovasi dan kemampanan.
Pameran di Muzium Sains Miraikan Tokyo, salah satu daripada empat lokasi terpilih, dibuka kepada orang ramai mulai Sabtu (27 Apr).

Sumber : AGENCIES/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.