Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pameran Hang Tuah bakal diadakan di Melaka Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Manuskrip Hikayat Hang Tuah bertarikh 1758 adalah antara artifak dan bahan sejarah yang bakal dipamerkan kepada pengunjung sempena Pameran Hang Tuah selama sebulan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Jun depan.

Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Melaka Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.

"Saya bersama Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh baharu sahaja balik dari Amsterdam, Belanda bagi melihat hasil penemuan terbaharu tentang Hang Tuah dan setelah kita lakukan kajian dan mencari penemuan yang kukuh mengenai Hang Tuah, ia akan dipamerkan pada program tersebut,” katanya kepada pemberita pada Ahad (5 Mei).

Awal dari itu, beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam melawat kapal layar tradisional China terbesar di dunia ‘Fu Ning' di Pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka.

Dalam pada itu, Encik Abdul Razak berkata pihaknya akan berbincang dengan pengurusan kapal layar berkenaan untuk membenarkan pengunjung melihat secara lebih dekat keunikan seni bina kapal tradisional itu.

"Besarlah harapan Melaka jika pihak pengurusan ini memberikan kita peluang tersebut dan ia dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.

Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar itu mempunyai ketinggian tiang utama 29m yang membawa sembilan kru dan 12 penumpang.

Pembinaan kapal Fu Ning adalah sebahagian daripada aspirasi pemilik kapal, Lin Chang Jiu, untuk menghormati pencapaian Laksamana Cheng Ho dan menjejaki semula laluannya di sepanjang Jalan Sutera Maritim.

Kapal itu memulakan pelayarannya dari Huangpu, China pada 31 Januari lalu sebelum berlabuh di One15 Marina, Sentosa Cove, Singapura sempena Festival Kapal Layar Singapura sebelum berlabuh di Melaka pada 1 Mei lalu.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan