Palestin usaha dapatkan bantuan antarabangsa untuk hapuskan bahan letupan di Gaza
Pemerintah Palestin pada Selasa (30 Dis) memaklumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa untuk menghapuskan bahan letupan yang tidak meledak di Gaza, lapor Xinhua.
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH: Pemerintah Palestin pada Selasa (30 Dis) memaklumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa untuk menghapuskan bahan letupan yang tidak meledak di Gaza, lapor Xinhua.
Tinjauan lapangan, penandaan kawasan tercemar dan latihan untuk kakitangan tempatan sudah dimulakan di Gaza, manakala Pusat Tindakan Periuk Api Palestin sedang berusaha untuk membentuk satu gabungan antarabangsa yang lebih luas bagi tugasan tersebut sebaik sahaja pasukan teknikal dapat beroperasi di wilayah berkenaan, menurut kenyataan media pemerintah.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel "masih tidak membenarkan pengeluaran sisa perang dan menghalang kemasukan peralatan yang diperlukan untuk memulakan operasi," menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut turut memberi amaran bahawa lebih 20,000 bom yang tidak meledak masih berada di Gaza, menimbulkan ancaman serius kepada orang awam.
Pertubuhan-pertubuhan Palestin yang beroperasi di Gaza melaporkan, bahan letupan tersebut meragut kira-kira 52 nyawa dan mencederakan ramai lagi sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober 2023.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.