Palestin mohon sertai kes difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Getty Images)
THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Isnin (3 Jun) menyatakan bahawa Palestin memfailkan permohonan untuk mencelah dan perisytiharan untuk mencelah dalam kes Afrika Selatan terhadap Israel berhubung permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Carikan Gaza.
Dalam kenyataannya, ICJ menyatakan bahawa Palestin mengemukakan permohonannya pada 31 Mei, menurut laporan Agensi Berita dan Maklumat Palestin.
Permohonan Palestin itu adalah dalam rangka komitmen Palestin untuk terus mengambil semua langkah undang-undang di peringkat antarabangsa bagi mempertahankan hak rakyat Palestin dan menghentikan jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap mereka.
Ia juga dalam konteks komitmen Palestin terhadap kesahihan dan undang-undang antarabangsa sebagai asas untuk menamatkan ketidakadilan sejarah dan pendudukan penjajah serta menuntut pertanggungjawaban terhadap jenayah yang dilakukan.
Palestin menyeru semua negara anggota kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid untuk menyertai prosedur saman yang difailkan oleh Afrika Selatan, melindungi rakyat Palestin daripada jenayah pembunuhan beramai-ramai, memastikan tiada pengulangan jenayah kejam itu pada masa akan datang dan memelihara kelangsungan sistem berdasarkan undang-undang antarabangsa.
Palestin juga menyeru semua negara anggota untuk mematuhi langkah-langkah sementara yang dikeluarkan oleh ICJ, sambil menggesa pelaksanaannya dengan segera.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.