Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin kecam tindakan Israel musnahkan alam sekitar

Israel secara sistematik memusnahkan alam sekitar di Palestin, kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin (1 Nov) semasa edisi ke-26 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow, Scotland.

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin kecam tindakan Israel musnahkan alam sekitar

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh semasa sidang COP26, di Glasgow, Scotland pada 2 Nov 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 04:43PM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 04:45PM

RAMALLAH: Israel secara sistematik memusnahkan alam sekitar di Palestin, kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin (1 Nov) semasa edisi ke-26 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow, Scotland.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Shtayyeh mengetengahkan masalah alam sekitar di Palestin yang dicetuskan Israel.

Penempatan Yahudi, kuari dan tapak pelupusan sampah yang mengumpul sisa kimia, elektronik atau pepejal adalah antara faktor terpenting yang menyebabkan pencemaran alam sekitar di Palestin, lapor Agensi Anadolu menukil Shtayyeh yang memberi amaran bahawa kesan negatifnya akan berganda dengan perubahan iklim.

"Mereka yang melihat peta moden Palestin akan mengetahui bagaimana alam sekitar telah dimusnahkan secara sistematik," katanya sambil menarik perhatian bahawa Israel menebang kira-kira 2.5 juta pokok di Palestin sejak 1967 dengan 800,000 daripadanya adalah pokok zaitun.

Shtayyeh berkata anggaran simpanan air tahunan Palestin adalah kira-kira 800 juta meter padu dan Israel "mencuri" 600 juta meter padu daripadanya, sambil menambah ia sebahagian daripada "dasar penjajahan sistematik Israel yang mahu mengubah tanah kita menjadi padang pasir dan merampasnya."

Laut Mati akan mengering pada 2044 kerana sumbernya semakin berkurangan dan mineral serta garamnya dilombong untuk kegunaan industri Israel, katanya.

Shtayyeh berkata Palestin yang sedang bergelut dengan perubahan iklim, menandatangani Perjanjian Iklim Paris pada 2016 dan menjadi antara negara yang menyediakan pelan penyesuaian iklim.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan