Skip to main content

Dunia

Palestin gesa masyarakat antarabangsa siasat kejadian remaja ditembak tentera Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin gesa masyarakat antarabangsa siasat kejadian remaja ditembak tentera Israel

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin (12 Dis) menggesa siasatan antarabangsa dijalankan berhubung pembunuhan seorang gadis Palestin di Tebing Barat.

Jana Zakarneh, 16 tahun, meninggal dunia pada Ahad (11 Dis) selepas ditembak tentera Israel ketika melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Shtayyeh menyifatkan pembunuhan gadis itu sebagai "satu lagi jenayah ngeri yang dilakukan Israel terhadap kanak-kanak". 

Beliau menggesa Perwakilan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata, Virginia Gamba "untuk menyiasat perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak dan Israel diletakkan dalam senarai ‘list of shame’ atau 'pangkah' PBB."

Cik Gamba kini sedang dalam lawatan rasmi ke wilayah Palestin.

Kementerian Luar Palestin meminta Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serbuan yang menyebabkan kematian gadis itu.

Kementerian itu menyeru Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa "memaksa Israel menghentikan perbuatan jenayah yang berterusan". 

Sementara itu, tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya "secara tidak sengaja" menembak gadis Palestin itu.

Tentera Israel menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya kini sedang "menjalankan siasatan berhubung insiden pembunuhan Jana Zakarneh, ketika dia berada di atas bumbung rumahnya". 

Tentera Israel kerap melakukan serbuan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dengan alasan menjejaki warga Palestin yang "dikehendaki".

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita