Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin dakwa negara Barat berat sebelah kenakan sekatan terhadap Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin dakwa negara Barat berat sebelah kenakan sekatan terhadap Rusia

Sebuah rumah yang dimusnahkan pasukan keselamatan Israel di perkampungan Silat al-Harithiya berdekatan Jenin di Tebing Barat pada 8 Mac 2022. (Gambar: Jaafar Ashtiyeh/AFP)

RAMALLAH: Palestin mengecam tindakan berat sebelah Barat yang mengenakan sekatan terhadap Rusia atas operasi ketenteraan khasnya di Ukraine, namun mengabaikan pendudukan Israel di Tebing Barat dan keganasannya terhadap rakyat Palestin.

Demikian dikatakan Menteri Luar Palestin Riad al-Maliki kepada agensi berita Sputnik.

"Orang Eropah dan Amerika, mereka mengenakan sekatan terhadap Rusia atas peristiwa yang berlaku di Crimea, namun pada masa yang sama mengelak daripada mengambil sebarang tindakan terhadap Israel yang telah menduduki wilayah Palestin sejak 55 tahun lalu.

"Dan kami telah meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan sekatan dan tindakan terhadap Israel atas pendudukannya ke atas tanah kami. Jelas sekali, ini benar-benar mencerminkan dwistandard yang kami tidak boleh terima," kata Encik Riad.

Palestin, mengambil perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia mengenai ketegangan yang semakin meningkat dengan Israel baru-baru ini.

"Kami melihat adanya perbezaan terhadap serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap kami, berbanding insiden apabila individu Palestin menyerang beberapa orang Israel...mereka hanya bercakap tentang perlunya untuk mengurangkan ketegangan apabila Israel menyerang kami malah mereka tidak pernah langsung mengutuk Israel," kata Encik Riad lagi.

Pada 26 Januari, sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera akibat serbuan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat. Keesokan harinya, tujuh warga Israel terbunuh dalam insiden tembakan yang disyaki pengganas di Baitulmaqdis, dan dua lagi dalam tembakan di tapak arkeologi di bandar itu sehari selepas itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken melawat Israel dan Tebing Barat dari 30 hingga 31 Januari di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara kedua-dua pihak.

Encik Blinken menggesa kedua-dua pihak mengurangkan ketegangan dalam hubungan dua hala tetapi meninggalkan wilayah itu tanpa menawarkan sebarang langkah konkrit untuk menamatkan keganasan, tambah Encik Riad.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan