Palestin bimbang tentang usulan Israel mahu bahagikan Masjid Al-Aqsa
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Palestin berkumpul di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada 17 April 2022. (Gambar fail: Ahmad Gharabli/AFP)
RAMALLAH: Warga Palestin amat prihatin mengenai satu usulan untuk membahagi Masjid Al-Aqsa kepada dua kawasan - satu bagi para penganut Islam dan satu lagi bagi golongan Yahudi.
Menurut Arab News, rancangan ini diusulkan oleh Encik Amit Halevi - seorang anggota parlimen dari parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel agar tidak membentangkan rang undang-undang mengenai rancangan itu.
Mengambil langkah ini, tegasnya seperti yang ditukil Arab News, akan mencetuskan "kemarahan besar", dan kesannya "tidak dapat diramalkan kerana kesucian dan nilai agama Masjid Al-Aqsa bagi rakyat Palestin, Arab dan umat Islam yang lain".
Selain merancang untuk mendapatkan sokongan dari Turkiye, Malaysia, Indonesia dan Mesir untuk menghalang perkara itu, Encik Shtayyeh turut menggesa dunia agar mengenakan sekatan terhadap Israel, dan bukan sekadar mengecam rancangan mereka.
Palestin bimbang rancangan itu akan menjadi titik permulaan kepada satu rancangan Israel yang lebih besar, iaitu mengubah konflik politik Palestin-Israel sekarang kepada satu perang agama yang boleh mencetuskan keganasan meluas di wilayah-wilayah Palestin, lapor Arab News lagi.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.