Palang Merah terima mayat tebusan Israel daripada Hamas
Tentera Israel mengesahkan bahawa Palang Merah sudah menerima mayat seorang tebusan Israel daripada Hamas di selatan Carikan Gaza pada awal pagi Sabtu (18 Okt).
Para penduduk Palestin memerhatikan anggota Hamas yang menjalankan operasi pencarian mayat tebusan di kawasan Hamad City, Khan Younis, di selatan Carikan Gaza. (Gambar: AP)
This audio is generated by an AI tool.
Penyerahan tersebut berlaku pada pukul 4.00 pagi waktu malaysia, susulan kenyataan Hamas bahawa mereka akan menyerahkan mayat tersebut sebagai sebahagian daripada pelaksanaan gencatan senjata yang sedang berlangsung, lapor Astro Awani.
Mayat berkenaan ditemui di kawasan Hamad City, Khan Younis, hasil operasi pencarian oleh anggota Briged Al-Qassam.
Menurut tentera Israel, proses penyerahan dilakukan dengan kerjasama Palang Merah, yang menghantar konvoi ke lokasi yang dipersetujui.
Mayat itu kini berada dalam jagaan pihak berkuasa Israel untuk proses forensik dan pengesahan identiti, lapor Astro Awani.
Terdahulu Hamas, menyatakan komitmen untuk memulangkan semua baki mayat tebusan yang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat serangan udara.
Astro Awani turut melaporkan bahawa Hamas turut menggesa pembukaan semula lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir bagi memudahkan bantuan kemanusiaan dan pelaksanaan penuh gencatan senjata.
Konflik yang berlarutan sejak Oktober 2023 itu sudah mengorbankan lebih 67,000 rakyat Palestin dan menyebabkan lebih 170,000 cedera, manakala serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 pula menyebabkan 1,139 kematian di Israel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.