Pakistan suarakan kebimbangan terhadap kebangkitan Islamofobia di Eropah
Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari berkata Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia.

Seorang peniaga menjual bendera Pakistan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-75 di Karachi pada 12 Ogos 2022. (Gambar: Asif HASSAN / AFP)
Mesyuarat itu berlangsung di New York pada Isnin atas permintaan Turki, di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari berkata Islamofobia kini menjadi endemik di beberapa negara di seluruh dunia.
Mesyuarat itu yang dipengerusikan Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha, menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai isu sentimen anti-Islam, ucapan menghina dan ekstremisme sayap kanan.
Pada sesi OIC berasingan mengenai Palestin, Menteri Luar Pakistan itu turut membangkitkan isu pembunuhan wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh oleh Israel pada Mei tahun ini.
Bilawal mengecam pembunuhan berterusan ke atas orang awam Palestin, pemusnahan rumah dan pencerobohan Masjid Al Aqsa oleh Israel, menurut Kementerian Luar Pakistan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.