Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan

(Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP)

NEW DELHI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan telah mengadakan perbincangan mengenai keadaan yang semakin memburuk di Lubnan dan Palestin pada Sabtu (12 Okt).

Ini sedang Israel terus memperhebatkan serangannya ke atas Gaza dan Lubnan.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi, kedua-dua menteri itu turut membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.

Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza, sambil mengancam akan memusnahkan bahagian utara Gaza.

Pengeboman dan serangan Israel turut diperluaskan ke Lubnan, dengan tentera Israel menyasarkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.

Serangan Israel pada malam Jumaat lalu telah mencederakan seorang anggota pasukan pengaman, menurut Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu (12 Okt).

Lima anggota UNIFIL dilaporkan cedera dalam tempoh dua hari lalu.

Setakat ini, serangan tentera Israel telah mengorbankan 42,175 rakyat Palestin dan 2,169 warga Lubnan dalam perang yang sudah berlarutan selama setahun.
Sumber : Agensi berita/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan