Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa

Qatar, Jordan, Kuwait, Turki dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa

(Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2022 02:09PM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 02:10PM
NEW DELHI: Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan pendatang Israel di halaman Masjid Al Aqsa dan mendapat perlindungan tentera Israel,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad (7 Ogos).

"Tindakan provokatif ini secara terang-terangan telah melanggar kesucian Kiblat-e-Awal (kiblat pertama) dan menjejaskan sentimen umat Islam di seluruh dunia. 

"Insiden sebegitu melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejas norma dan amalan antarabangsa. 

"Sebarang percubaan untuk mengubah sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa mesti dihentikan," menurut kenyataan itu.

Sekumpulan pendatang haram menceroboh masuk ke kompleks masjid pada Ahad ketika Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza.

Israel membunuh 44 orang dan mencederakan lebih 300 orang di Gaza dalam serangan terbarunya.

Qatar, Jordan, Kuwait, Turki dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.

Kementerian Luar Qatar memberitahu bahawa "amalan provokatif Israel adalah sebahagian daripada percubaan berterusan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa dan untuk memajukan pembahagian sementara masjid".

Sambil menyeru tindakan antarabangsa, Qatar memberi amaran bahawa "provokasi yang berterusan termasuk pencerobohan baru Israel di Semenanjung Gaza akan meningkatkan ketegangan dan gelombang keganasan".

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas orang awam dan percubaan untuk melaksanakan ibadat di Masjid Al Aqsa.

"Kami mengulangi gesaan kepada kerajaan Israel untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian yang menyasarkan status dan kesucian Al Haram Al Sharif," menurut Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, mengenai usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.

"Menghentikan ketegangan dan memulihkan keamanan mesti menjadi keutamaan global," katanya.

Encik Ayman Safadi berkata "sejarah dan status quo yang sah" mesti dihormati di Baitulmaqdis.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan