Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan kesal Afghanistan tuduh benarkan dron AS guna ruang udara

Pakistan menyifatkan tuduhan pemangku Menteri Pertahanan Afghanistan bahawa Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya untuk melakukan serangan menggunakan dron di Afghanistan sebagai "amat dikesali".

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan kesal Afghanistan tuduh benarkan dron AS guna ruang udara

Seorang peniaga menjual bendera Pakistan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-75 di Karachi pada 12 Ogos 2022. (Gambar: Asif HASSAN / AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 06:57PM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 07:01PM
NEW DELHI: Pakistan menyifatkan tuduhan pemangku Menteri Pertahanan Afghanistan bahawa Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya untuk melakukan serangan menggunakan dron di Afghanistan sebagai "amat dikesali".

“Tanpa sebarang bukti, seperti yang diakui oleh menteri Afghanistan itu sendiri, tuduhan sedemikian amat dikesali dan bertentangan dengan norma amalan diplomatik yang bertanggungjawab,” kata jurucakap Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad (28 Ogos).

“Pakistan menegaskan semula keyakinannya terhadap kedaulatan serta integriti wilayah semua negara dan mengutuk semua bentuk keganasan serta manifestasinya,” kata jurucakap itu.

“Kami menggesa pihak berkuasa sementara Afghanistan untuk memastikan pematuhan komitmen antarabangsa yang dibuatnya, iaitu tidak membenarkan penggunaan wilayahnya untuk keganasan ke atas mana-mana negara,” tambah kenyataan tersebut.

Menteri Pertahanan Afghanistan Mullah Mohammad Yaqoob pada Ahad memberitahu media di Kabul bahawa dron AS sampai di negara itu melalui Pakistan.

"Menurut maklumat kami, dron itu masuk ke Afghanistan melalui Pakistan. Mereka menggunakan ruang udara Pakistan, kami meminta Pakistan, agar tidak membenarkannya," kata beliau.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan