Skip to main content

Dunia

Pakistan International Airlines sambung semula penerbangan ke Britain selepas 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan International Airlines sambung semula penerbangan ke Britain selepas 5 tahun

Sebuah pesawat Pakistan International Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Benazir Bhutto di Islamabad, Pakistan pada 8 Jun 2013. (Gambar: AP/Anjum Naveed)

Diterbitkan : 25 Oct 2025 05:43PM Dikemas Kini : 25 Oct 2025 06:06PM
ISLAMABAD: Syarikat penerbangan milik pemerintah, Pakistan International Airlines (PIA), pada Sabtu (25 Okt) menyambung semula penerbangan ke Britain buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.

Ini menyusuli larangan yang ditarik balik berhubung isu lesen juruterbang palsu.

Syarikat penerbangan itu diharamkan melakukan perjalanan udara oleh Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2020 berikutan nahas maut di Karachi yang mengorbankan hampir 100 orang, yang kemudian mendedahkan bahawa beberapa juruterbang memiliki lesen palsu.

Larangan EU itu ditarik balik pada November 2024 selepas audit keselamatan menyeluruh dijalankan.

Penerbangan pertama pesawat Boeing 777 dari Islamabad ke Manchester pada Sabtu (25 Okt) menandakan penerbangan pertama PIA selepas berbulan-bulan menjalani pemeriksaan dan pembaharuan yang berjaya memberi keyakinan kepada Britain terhadap sistem penerbangan Pakistan.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Britain, Mohammad Faisal, memuji pelancaran semula penerbangan itu sebagai langkah besar dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya antara kedua-dua negara.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita