Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan harus tangguh pembayaran balik hutang dek keadaan banjir

Anggaran Waktu Membaca:
KARACHI/ISLAMABAD: Pakistan harus menggantung pembayaran balik hutang antarabangsa dan menyusun semula pinjaman dengan pemiutang selepas banjir baru-baru ini memburukkan lagi krisis kewangan negara itu.

Demikian menurut laporan Financial Times pada Jumaat (23 Sep), memetik memorandum dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memorandum tersebut, yang akan dikongsi oleh Program Pembangunan PBB dengan pemerintah Pakistan minggu ini, menyatakan pemiutang negara itu harus mempertimbangkan pelepasan hutang supaya penggubal dasar boleh mengutamakan pembiayaan respons bencana berbanding pembayaran balik pinjaman, menurut laporan itu.

Pakistan sebelum ini menganggarkan kerosakan mencecah AS$30 bilion (S$42 bilion) dan kedua-dua pemerintah dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyalahkan perubahan iklim sebagai punca bencana banjir tersebut.
Memorandum itu mencadangkan penyusunan semula hutang atau pertukaran, di mana pemiutang tidak akan meminta kembali hutang. Sebaliknya meminta Pakistan bersetuju untuk melabur dalam prasarana yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim, menurut laporan Financial Times.

Banjir tersebut sudah menjejas 33 juta penduduk Pakistan, mengakibatkan kerosakan berbilion dolar dan meragut nyawa lebih 1,500 orang - sekali gus mencetuskan keprihatinan bahawa Pakistan tidak boleh membayar balik hutang.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan