Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan gagalkan percubaan kapal selam India masuk perairannya

Pakistan pada Selasa (5 Mac) menggagalkan percubaan sebuah kapal selam milik Tentera Laut India untuk memasuki perairannya di bahagian selatan pesisir negara itu. Demikian menurut lapor agensi berita China, Xinhua, yang memetik kenyataan media sayap tentera Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan gagalkan percubaan kapal selam India masuk perairannya

Pakistan menggagalkan percubaan sebuah kapal selam milik Tentera Laut India untuk memasuki perairannya di bahagian selatan pesisir negara itu. (Gambar: Punit Paranjpe/AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 12:42PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 12:48PM

ISLAMABAD: Pakistan pada Selasa (5 Mac) menggagalkan percubaan sebuah kapal selam milik Tentera Laut India untuk memasuki perairannya di bahagian selatan pesisir negara itu. Demikian menurut lapor agensi berita China, Xinhua, yang memetik kenyataan media sayap tentera Pakistan.

Menurut laporan itu, kapal selam India cuba memasuki perairan Pakistan dari Laut Arab. Namun, kakitangan Tentera Laut Pakistan berjaya mengesan kedudukannya dan memaksa ia berundur kembali ke perairan India.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Tentera Laut Pakistan berkata kejayaan itu membuktikan kemahiran unggul yang dimiliki tentera laut negara tersebut.

"Tentera Laut akan terus mempertahan sempadan perairan Pakistan. Pasukan itu memiliki keupayaan untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan," katanya.

Beliau berkata Pakistan berpegang teguh kepada dasarnya untuk mengekalkan keamanan dan India juga harus berusaha ke arah itu selepas insiden pencerobohan kapal selam tersebut.

Hubungan antara Pakistan dengan India menjadi tegang menyusuli insiden serangan nekad yang menyasarkan pasukan keselamatan India di Kashmir, yang dikuasai India, pada 14 Februari.

Tentera kedua-dua pihak turut berbalas tembakan di sepanjang Garisan Kawalan, selain terlibat dalam pertempuran udara. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan