Pakistan berdiri teguh dengan penduduk Kashmir - PM Imran Khan
Perdana Menteri Pakistani, Imran Khan menyeru diadakan satu mogok seluruh negara, membantah tindakan India di wilayah Kashmir.
(Gambar: AAMIR QURESHI/AFP)
PAKISTAN: Perdana Menteri Pakistani, Imran Khan menyeru diadakan satu mogok seluruh negara, membantah tindakan India di wilayah Kashmir.
Dalam catatan Twitter, PM Imran menyeru semua warga Pakistan agar keluar ke jalan-jalan raya bagi menunjukkan perpaduan dengan para penduduk di Kashmir.
Menurut Encik Imran, mereka harus memberikan mesej kukuh kepada penduduk Kashmir, bahawa Pakistan berdiri teguh dengan mereka.
Ketegangan antara Pakistan dengan India semakin meningkat selepas Perdana Menteri India Narendra Modi, menghapuskan status khas Kashmir.
PM Pakistan menyarankan agar bantahan seluruh negara itu diadakan setiap minggu sehingga beliau ke New York, bulan depan, untuk menimbulkan isu tersebut di Perhimpunan Agung PBB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.