Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakistan arah penumpang guna pelitup semasa penerbangan domestik dek kenaikan kes COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan arah penumpang guna pelitup semasa penerbangan domestik dek kenaikan kes COVID-19

Gambar Hiasan: AFP/Asif Hassan

KARACHI: Pengawal selia penerbangan Pakistan mewajibkan semua penumpang dalam penerbangan domestik agar memakai pelitup selepas jumlah kes COVID-19 di negara itu meningkat, lapor Reuters.

Perintah tersebut dikuatkuasakan sehari selepas bandar terbesar di Pakistan, Karachi, melaporkan nisbah kes positif COVID-19 atau kadar kes positif daripada semua ujian yang dijalankan, meningkat kepada 21 peratus berbanding dengan kadar kebangsaan 2.8 peratus.

"Berkuat kuasa serta-merta, memakai pelitup akan diwajibkan semasa penerbangan domestik," menurut Penguasa Penerbangan Awam Pakistan (PCAA) dalam satu kenyataan pada lewat Ahad (26 Jun).

Pakistan melaporkan jumlah kes COVID-19 yang rendah sejak beberapa bulan lalu dan memansuhkan hampir semua sekatan.

Namun dalam tempoh 24 jam yang lalu, nisbah positif COVID-19 kebangsaan meningkat kepada 2.85 peratus dengan 382 kes positif dan dua kematian dilaporkan, menurut data yang dikeluarkan pada Isnin (27 Jun) oleh Institut Kesihatan Negara, Islamabad (NIH).

Sebulan yang lalu, nisbah positif adalah 0.54 peratus dengan 79 kes positif dan tiada kematian dilaporkan. Menurut NIH, 85 peratus rakyat Pakistan yang layak sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Pakistan membubarkan Pusat Kawalan dan Operasi Negara yang menyelia tindak balas COVID-19 pada 31 Mac ketika jumlah jangkitan merosot kepada kadar terendah sejak pandemik bermula pada 2020.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan