Skip to main content

Dunia

Pakistan, Afghanistan isytihar keadaan darurat susuli banjir dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan dan Afghanistan telah mengisytiharkan keadaan darurat di negara masing-masing menyusuli banjir dahsyat yang melanda kedua-dua negara itu.

Hujan lebat berserta kilat telah meragut nyawa lebih 60 orang sejak Jumaat lalu, termasuk 28 orang di bahagian barat daya Pakistan yang mati disambar petir.

Banjir kilat turut dilaporkan di 20 daripada 34 wilayah Pakistan.

Menurut laporan media tempatan, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Para petani di wilayah-wilayah terbabit terjejas teruk oleh hujan lebat yang menyebabkan beratus-ratus haiwan ternakan mati dan sebahagian besar kawasan pertanian musnah.

Para pakar alam sekitar menarik perhatian bahawa hujan lebat seumpama itu lazimnya berlaku pada bulan April.

Namun mereka merujuk kepada perubahan iklim sebagai punca di sebalik cuaca ekstrem itu.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita