Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan NATO bersidang; bincang bantuan keselamatan tambahan buat Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan NATO bersidang; bincang bantuan keselamatan tambahan buat Ukraine

Ibu pejabat NATO di Brussels. (Gambar fail: ludovic MARIN/POOL)

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin, rakan sejawatannya dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta rakan kongsi lain akan bersidang di Brussels pada Rabu (15 Jun) dan Khamis (16 Jun). Mereka bakal membincangkan mengenai bantuan keselamatan tambahan ke Ukraine dan kedudukan pasukan pakatan tentera di Eropah Timur memandangkan konflik yang masih berterusan.

Pertemuan itu berlangsung beberapa minggu selepas Kongres AS meluluskan bantuan berjumlah US$40 bilion (S$55.6 bilion) buat Ukraine dan ketika Rusia mengukuhkan usahanya untuk menduduki wilayah Donbas, lapor Sputnik.

Mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine akan diadakan pada Rabu (15 Jun), melibatkan penyertaan wakil dari hampir 50 negara yang sedang memberikan beberapa jenis bantuan kepada Ukraine.

Para pegawai akan menyemak bantuan keselamatan tambahan yang boleh diberikan kepada Ukraine dengan segera dan dalam jangka panjang ekoran pertempuran yang masih berterusan dengan Rusia.

Menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, kumpulan hubungan di Ukraine akan membincangkan untuk membekalkan Kyiv dengan senjata berat.

Encik Stoltenberg dijadual mengadakan sidang akhbar pada pagi Rabu (15 Jun). 

Selepas mesyuarat itu, Encik Austin akan menyertai menteri pertahanan NATO dan beberapa negara bukan anggota yang lain untuk membincangkan langkah pencegahan selain mengenai kedudukan pasukan pertahanan pakatan itu berhubung konflik Ukraine.

Sekutu NATO akan mengkaji keperluan jangka panjang dan jangka pendek NATO sepanjang kedudukannya di Eropah.

Jika ada sebarang pengumuman berkaitan dengan kedudukan pasukan pakatan di Eropah Timur, ia akan dibuat semasa sidang kemuncak NATO di Madrid dari 29 hingga 30 Jun ini.

Ketua NATO akan mengakhiri acara dua hari itu dengan sidang akhbar pada petang Khamis (16 Jun). 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan