Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan tidak pernah beri duit untuk raih undi, tegas Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi duit untuk meraih undi rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan tidak pernah beri duit untuk raih undi, tegas Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 03:11PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 03:16PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi duit untuk meraih undi rakyat.

"Pakatan Harapan tak pernah bagi duit kepada sesiapa (untuk meraih undi)," katanya dengan ringkas ketika ditemui para wartawan hari ini (14 Jan).

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud amalan 'membeli' undi ketika Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands sekarang, seperti mana beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan PH sememangnya menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat.

"Kalau dah duit (peruntukan pembangunan) itu kerajaan bagi, dia bagilah. Itu semua orang dapat," katanya.

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 26 Januari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN) serta dua calon bebas.

PH meletakkan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran, sebagai calon manakala BN diwakili bekas pegawai kanan polis, Mohd Ramli Nor.

Dua calon bebas, masing-masing anak jati Parlimen Cameron Highlands, ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani, Wong Seng Yee, 40 tahun.

Pillihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan bahawa kemenangan C. Sivarraajh dari BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018 terbatal dan tidak sah. Ini apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan